Kemelut diantara usahawan selebriti terkenal, Norjuma Habib Mohamed dan Fame Up Entertainment nampaknya masih belum selesai. Terdahulu pada awal Januari, pihak Fame Up Entertainment yang diterajui Zuriawati Zaidi selaku pengarah urusannya telah memfailkan satu tuntutan saman fitnah berkaitan penyebaran sebuah video fitnah sekitar Mac tahun lalu. Dalam video itu, plaintif (Zuriawati Zaidi) dituduh memiliki sebuah video skandal seks melibatkan dua individu kenamaan negara.
Pihak Aidijuma Memaafkan Fame Up Entertainment
Terbaharu, Norjuma menerusi akaun Instagram nya telah memuat naik satu kenyataan bahawa pihaknya, Aidijuma telah menerima permohonan maaf dari pihak Fame Up Entertainment selepas syarikat itu dan sebuah lagi syarikat penyiaran swasta terkenal dikatakan telah memohon maaf atas segala tuduhan yang dibuat mereka sebelum ini. Malah pihak Aidijuma juga telah memaafkan segala tuduhan dan keterlanjuran kata yang diterima mereka.
https://www.instagram.com/p/BvvNS3bArRG/
Nafi Membuat Permohonan Maaf
Namun begitu, dalam ruangan komen tersebut pihak Fame Up Entertainment tampil menafikan dakwaan bahawa kononnya mereka telah memohon maaf. Menurut Fame Up, kenyataan yang diberikan oleh pihak Aidijuma itu sama sekali tidak benar malah pihak mereka juga tidak pernah membuat permohonan maaf atas sebarang tuntutan. Tambahnya lagi, Fame Up mengharapkan mana-mana pihak tidak memanipulasikan segala fakta yang tidak benar. Dalam pada itu, murai.my difahamkan kes mahkamah melibatkan dua pihak ini masih lagi dijalankan.