34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Kenapa Perlu Tiru Cara Mat Salleh?”-Sharnaaz Ahmad Komen Isu Budaya Kecam Sesama Bangsa

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil bersuara terhadap budaya yang mengecam sesama bangsa lain untuk dijadikan bahan gurauan atau lawak jenaka.

Menerusi Insta Stories, Sharnaaz menyatakan bahawa budaya sebegitu adalah menjadi kebiasaan di luar negara dan akan makin melarat jika dibiarkan budaya sebegitu berada dalam negara.

“Budaya kecam sesama bangsa dijadikan jokes ni biasa di luar negara.

Jokes pasal orang Melayu, yang gelak Melayu jugak. Habistu pi wayang pakai tengkolok bersilat depan pawagam lepas tengok Mat Kilau. Perjuangan Melayu bukan semata keris, silat, dan makanan. Kalau dibiarkan makin melarat.”-Tulis Sharnaaz

“Kenapa Perlu Tiru Cara Mat Salleh?”

Tambahnya lagi, Sharnaaz turut dilihat mempersoalkan pihak terlibat yang seolah-olah meniru cara orang Barat dalam melakukan ‘open mic’.

“Kita ada cara kita, cukup berkesan. Nak open mic boleh, tapi kenapa perlu tiru cara mat salleh? Itu cara depa, cara kita??”-Tulis Sharnaaz

Seru Pihak Kerajaan Bertindak Pantas & Bijak Tangani Masalah

Dalam pada itu, pelakon filem Polis EVO 3 juga berpendapat pihak kerajaan seharusnya bijak dan bertindak pantas dalam menangani masalah yang berlaku sebelum bangsa menjadi mangsa.

“Aku pilih perpaduan dalam lawak. Kalau ada tempat yang memberanakkan masalah macam sibat-sibat ni semua. Kerajaan perlu pintar dan pantas tangani masalah ini, sebelum bangsa menjadi mangsa.”-Kata Sharnaaz

Dipetik dari laporan Kosmo, wanita yang sebelum ini tular membuka tudung dan menanggalkan baju kurung, dalam satu persembahan di sebuah kelab, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen baru-baru ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.