Nampaknya masih ramai lagi yang tak move on dengan filem Frozen II, ada saja cerita menarik disebalik pembikinan filem ini.
Ditayangkan enam tahun selepas filem pertama, “Frozen”, perjuangan Elsa dan kawan-kawannya menjadi tontonan yang sangat dinanti-nantikan.
Bercakap mengenai Frozen II, tentu saja ia tidak dapat dinafikan bahawa salah satu faktor yang paling menarik selain alur ceritanya adalah kemunculan watak dalam sekuel ini. Selain Elsa dan Anna, orang salji Olaf turut menjadi perhatian.
Jika Elsa dan Anna seolah-olah mendapat perubahan besar dengan pakaian mereka, manakala Olaf juga sedikit berbeza. Perbezaannya ialah, Olaf tidak lagi mempunyai flurry atau awan salji di kepalanya.
Dalam filem pertama “Frozen”, Elsa membuat awan salji untuk memastikan Olaf sentiasa dalam keadaan sejuk dan tidak mencair. Olaf memanggil awan itu “My own personal flurry!” Tetapi dalam “Frozen II”, Olaf nampaknya bebas untuk berjalan di mana-mana tanpa takut mencair walaupun flurry tidak lagi di atas kepalanya.
Rupa-rupanya, Olaf sendiri telah menjelaskan sebab mengapa dia tidak mencair walaupun dia tidak lagi dilindungi oleh awan salji. Penjelasan ini terkandung dalam lagu “Unmeltable Me” (lihat video yang dipaparkan di atas), namun lagu ini tidak dimasukkan dalam filem itu.
Di dalam lagu, ada lirik yang menjelaskan bahawa dia dulu memang memerlukan awan salji, tetapi kini dia tidak perlu risau tentang mencair. Olaf juga menjelaskan bahawa kuasa Elsa kini semakin kuat, oleh kerana perubahan Elsa itu, jadi dia tidak akan mencair apabila terdedah kepada panas.
“Even though I’m made of snow, Perhaps you may recall, I once needed my own flurry, But now you need not worry, Yes, Elsa’s powers grew, And it’s a whole new situation, Because of a relation, I now have self-refrigeration.” bunyi lirik lagu tersebut.
“Frozen II” berkisarkan menceritakan pengembaraan Elsa (Idina Menzel) yang mencari asal usulnya dengan bantuan Anna (Kristen Bell), Kristoff ( Jonathan Groff), Olaf (Josh Gad), dan Sven.