Hantaran penyanyi rap dan usahawan, Caprice baru-baru ini di laman Instagram ternyata mencurigakan. Malah sehingga artikel ini ditulis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli masih belum menjelaskan berkenaan kenyataanya di laman Instagram sekali gus membuatkan orang ramai bimbang akan keselamatan dirinya.
Caprice Sedia Gadai Nyawa
Dalam hantaran tersebut, Caprice terlebih dahulu memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan bersedia untuk mengadaikan nyawanya untuk mendedahkan perihal sebenar yang terjadi di Gaza. Difahamkan, Caprice akan mendedahkannya dalam masa terdekat.
https://www.instagram.com/p/CRNYhO3h7DT/
Tidak Dapat Pulang Ke Malaysia
Ketika diasak dengan pelbagai pertanyaan di ruangan komen, Caprice membalas komen akan mendedahkan perihal tersebut dari Gaza dan berkata dirinya berkemungkinan tidak dapat pulang ke Malaysia kelak.
Malah menerusi hantaran di Insta-story nya sebentar tadi, Caprice turut memberi bayangan memberi sesuatu isu yang besar.
Rata-rata daripada mereka berharap agar Caprice sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dapat pulang segera usai menjalani misi kemanusiaan di sana. Untuk rekod, Caprice telah melaksanakan misi kemanusian ke Gaza dan Mesir bermula pada 23 Jun 2021.