Pelakon, Dato Fizz Fairuz meluahkan rasa kesal apabila timbul dakwaan dikatakan banyak penerbit filem tidak layak untuk memasuki pawagam.
Timbul Isu Banyak Penerbit Filem Tak Layak Masuk Pawagam
Menerusi Insta Stories, Fizz Fairuz mendedahkan bahawa timbul dakwaan dikatakan banyak penerbit filem tidak layak berada memasuki pawagam dan dikatakan hanya layak berada di televisyen sahaja.
“Dikatakan banyak penerbit filem tidak layak masuk pawagam, hanya sesuai layak masuk TV sahaja? Kenapa cakap macam tu?”-Fizz Fairuz
Minta Orang Ramai Nilainya Sendiri
Tambahnya lagi, Fizz Fairuz turut mempersoalkan siapa yang bakal merosakkan industri jika bukan dikalangan mereka sendiri dan meminta orang ramai untuk menilainya sendiri.
“Siapa yang rosakkan industri kalau bukan orang kita sendiri…Nilaikan…”-Fizz Fairuz
Terdahulu, Fizz Fairuz menitipkan harapan agar pelakon dan pelawak Bell Ngasri seharusnya diberikan anugerah sepanjang hayatnya di atas jasanya terhadap seni dan berharap pihak Festival Filem Malaysia memberikan anugerah kepada Bell Ngasri yang telah menjadi pelakon, pengacara, dan pelawak sejak tahun 1990.