Filem ‘Joker’ (2019) yang diarahkan oleh Todd Phillips telah berjaya menambat hati para penonton. Filem yang dibintangi Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck alias Joker menceritakan kisah Arthur yang bekerja sebagai pelawak yang sering dilayan buruk dari orang-orang di sekelilingnya, seperti dibuli dan dipulaukan.
Arthur yang lemah perlahan-lahan berubah menjadi Joker yang kejam. Dia memperoleh kebahagiaan setelah membunuh orang lain dengan begitu sadis.
Dalam filem dengan tempoh selama 122 minit ini, Arthur juga disebut mengalami sejenis penyakit yang dipanggil pseudobulbar affect (PBA). Keadaan ini sering membuatnya ketawa dengan kuat walaupun dalam keadaan bersedih. Dalam sisi lain, penyakit yang dialami oleh Arthur ini secara tak langsung menyokong kerjayanya sebagai badut.
Banyak anggapan mengatakan bahawa PBA dialami oleh watak-watak fiksyen yang hanya wujud dalam filem. Tetapi hakikatnya, PBA juga ditanggung oleh orang dalam kehidupan sebenar.
Tahukan Anda Tentang PBA?
Dilaporkan oleh Mothership.org, Mayo Clinic menjelaskan bahawa PBA biasanya akan mudah dialami oleh orang yang mengalami kecederaan neurologi tertentu. Sebagai contoh, mereka pada mulanya mengalami stroke, Alzheimer, Parkinson atau kecederaan otak akibat trauma. Untuk menangani penyakit ini dari memudaratkan, pesakit dikehendaki mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor.
Setelah dipertanggungjawabkan memegang watak sebagai Joker, Phoenix juga telah melakukan beberapa kajian untuk menghidupkan watak dan melatih lakonannya, terutamanya apabila ketawa sebagai seseorang yang mengalami penyakit PBA. Dalam mempersiapkan diri untuk filem terbitan Warner Bros ini Phoenix melihat banyak video mengenai orang yang menghidapai penyakit ketawa patalogis ini.
Ketika menggambarkan watak Arthur Fleck yang sedang mengalami keadaan PBA, pengarah menunjukkan lebih banyak aksi Arthur yang suka ketawa. Padahal, penghidap PBA sebenarnya lebih kerap menangis daripada ketawa.
Selepas menonton filem ‘Joker’, ramai penonton bersetuju bahawa tingkah laku yang kejam Joker didorong oleh trauma psikologi dan keadaan mentalnya yang bermasalah. Ia tidak boleh dinafikan, watak Joker ini akhirnya mengundang simpati dari orang ramai.