Pelakon, Dato Fizz Fairuz tampil mempersoalkan sikap segelintir ahli politik yang menampal wajah mereka pada setiap kotak sumbangan pada mangsa banjir di Malaysia.
Fizz Hairan
Menerusi Insta Stories miliknya, Fizz turut meluahkan rasa hairan apabila melihat kotak sumbangan termasuk yang berkaitan pasti akan kelihatan wajah segelintir ahli politik sebelum diberi kepada mangsa banjir.
“Kenapa setiap kali pak menteri-menteri ni nak buat sumbangan kena letak poster, sticker, muka diorang kat lori, kotak, plastik, depan lori. “-Soal Fizz
Malah, Fizz turut menyindir tindakan tersebut seolah-olah ingin memberitahu kepada umum mengenai siapakah pemberi bantuan selain menyifatkannya hanya untuk tujuan publisiti semata-mata.
“Aku kurang paham, nak kena bagitau orang ke dia bagi semua tu? Dia nak nama la ek? Kena bagitau orang ek?”- soalnya lagi
“Nanti PRU Orang Undi Aku Lagi”-Fizz Fairuz
Tambahnya lagi, dia tidak menolak tindakan itu seumpama seperti ingin memancing undi orang ramai pada Pilihanraya umum (PRU) akan datang selain mempersoalkan keikhlasan mereka.
“Ooo aku bagi semua ni, so korang kena letak muka aku tau, nanti PRU orang undi aku lagi hahaha..Itu kira ikhlas ke?”- katanya lagi
Sekadar info, Fizz antara selebriti yang ‘turun padang’ bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan. Antara negeri yang paling terjejas ketika ini adalah Pahang yang terus mencatatkan angka pertambahan mangsa banjir.