Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil memohon maaf selepas akui terpaksa keluar lebih awal dari Dewan Parlimen kerana ingin membantu mangsa banjir di Muar.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Syed Saddiq memberitahu daerah Muar telah dilanda banjir besar.
“Minta maaf terpaksa keluar awal dari Parlimen. Muar sekarang dilanda banjir besar.”- tulisnya
Tumpangkan Mangsa Banjir Di Rumah Sendiri
Tambahnya lagi, dia turut menumpang keluarga mangsa banjir di rumahnya berikutan terdapat banyak rumah yang sudah tenggelam.
“Banyak rumah tenggelam, , barang semua rosak. Saya tumpangkan juga keluarga mangsa rumah sendiri.
Sampai hari ni Kerajaan bagi sifar peruntukan Parlimen Muar. Kosong ringgit.” tegas Syed Saddiq
Tiada Kemalangan Jiwa Akibat Banjir Di Muar
Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Muar ini menjelaskan tiada kemalangan jiwa yang berlaku setakat ini meskipun air banjir mencecah paras lutut.
“Alhamdulillah, setakat hari ini tiada kemalangan jiwa berlaku walaupun banjir sampai paras lutut. Itik-itik pun masih selamat. Pagi ini saya cepat-cepat ke rumah mangsa banjir di Parit Penyengat. Lumpur penuh dalam rumah.
Perabot, mesin basuh, tilam semua rosak. Lepas habis gotong-royong, saya akan terus ke Parlimen. Doakan yang terbaik untuk orang Muar!”- katanya lagi