Selain aiskrim, kek juga menjadi pilihan ramai sebagai pencuci mulut yang sedap. Jika ditanya kek yang paling disukai, semestinya ramai akan jawab Kek Butter Oren yang sedap.
Terdapat banyak variasi Kek Butter yang popular dari zaman 70-an lagi, tapi semestinya takkan ada seorang pun yang menolak untuk makan Kek Butter Oren.
Apa yang membuatkan kek ini diminati adalah kerana teksturnya yang lembab dan gebu bersama aroma wangi oren yang memikat selera.
Ramai tertarik dengan resipi Kek Butter Oren yang dikongsikan oleh Nor Misnor di Facebook kerana bentuk keknya cukup cantik bersama parutan oren. Jom cuba!