Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sebelum ini sentiasa mendapat kecaman netizen di atas setiap perkara yang dilakukan termasuk menjadi peserta dalam program Big Stage 2022. Terkini, Iqbal tampil mentitipkan pesanan buat netizen yang sering mengecamnya.
“Kecam Selagi Boleh”
Menerusi Insta Stories, Iqbal berkata netizen boleh terus mengecamnya dan menyifatkan diri mereka tidak terurus dan suka melihat orang lain jatuh.
“Kepada netizen yang suka hina saya. Kecam selagi boleh. Sanggup perah otak supaya berjaya buatkan saya down.
Hidup sendiri tidak juga membangun. Suka lihat orang stres, jatuh, sedih. Diri sendiri pun tidak terurus wahai netizen”- tegur Iqbal
Luah Rasa Simpati
Tambahnya lagi, dia tidak marah dengan sikap netizen yang sering menghinanya, namun dia berasa terkilan sekiranya budaya yang disifatkan sebagai menjatuhkan bangsa sendiri akan diamalkan secara berterusan.
“Saya tidak marah cuma kasihanlah kalau terus amal budaya suka menjatuhkan bangsa sendiri. Sepatutnya kita boleh sama-sama berkongsi apa yang baik”- katanya
Nama Iqbal sebelum ini teruk dikecam selepas menyertai program Big Stage 2022. Selain netizen, penyanyi rap iaitu Caprice turut menyifatkan persembahan Iqbal seperti sumbang ketika melakukan persembahan sebelum tersingkir pada minggu kedua Big Stage 2022.