23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Kebetulan? 5 Persamaan Drama Bersiri ‘Cari Aku di Syurga’ & ‘7 Hari Mencintaiku’

Pada tahun 2016, rata-rata penggemar drama melayu dah terjebak dengan drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku. Rata-rata netizen dilihat memuji drama ini yang disifatkan sebagai ‘Drama Melayu Terbaik’.

Kini giliran drama bersiri berjudul Cari Aku di Syurga berjaya menambat hati penonton sehingga ramai yang beremosi pada setiap episod.  Drama ini menampilkan gandingan Ariel Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana. Drama 15 episod arahan Shahrulezad Mohamedin dan skrip oleh Nurul Halawati disiarkan di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Mengingatkan kembali bagaimana ‘7 Hari Mencintaiku’ ini berjaya mencetuskan fenomena sebelum ini, penceritaan drama sensasi ini seolah-olah hampir sama dengan ‘Cari Aku di Syurga’.

Bukan sahaja itu, watak yang dipegang oleh setiap pelakon termasuk watak sampingan juga seakan-akan sama di kedua-dua drama bersiri ini. Berikut 5 persamaan drama bersiri Cari Aku di Syurga & 7 Hari Mencintaiku yang mungkin ramai tak perasan.

Isteri Memberontak Kerana Tinggal Di Kampung

Dalam 7 Hari Mencintaiku, konflik bermula selepas Mia (Siti Saleha)  bersama Khuzairi ( Shukri Yahaya) tinggal di kampung. Mia memberontak kerana sudah biasa dengan kehidupan mewah, sama seperti dalam ‘Cari Aku di Syurga’ di mana Lisa (Janna Nick) tidak tahan tinggal di kampung selepas memutuskan untuk berkahwin dengan Anas (Ariel Zafrel).

Kisah Suami Bersabar Dengan Sikap Biadab Isteri

Seperti mana yang kita tahu, dalam 7 Hari Mencintaiku, Khuzairi tak putus-putus bersabar dengan sikap isterinya kerana bersikap biadab lagi-lagi dengan ibunya. Hal yang sama berlaku dalam ‘Cari Aku di Syurga’ di mana Anas terpaksa bersabar dengan perangai kurang ajar Lisa yang tidak menghormati ibu mentuanya.

Isteri Tinggalkan Suami dan Anak Selepas Ketika Dalam Pantang

Salah satu persamaan babak yang sangat jelas dalam kedua-dua drama bersiri ini. Dalam 7 Hari Mencintaiku, selepas melahirkan anak pertamanya, Mia telah meninggalkan suaminya bersama-sama dengan bayi yang baru dilahirkan.

Hal yang sama berlaku dalam ‘Cari Aku di Syurga’, di mana Lisa senyap-senyap melarikan diri dari kampung tinggalkan suami dan anaknya kerana nekad mahu pulang semula ke pangkuan ibunya di Kuala Lumpur.

Watak Seorang Ibu Yang Menghasut Anak Perempuannya Tinggalkan Suami

Ibu kandung Mia dalam 7 Hari Mencintaiku yang dilakonkan oleh Zila Bakarin menjadi watak yang dibenci oleh penonton kerana menjadi perosak rumah tangga Mia dan Khuzairi.

Peranan yang sama dalam ‘Cari Aku di Syurga’, ibu kandung Lisa yang dilakonkan oleh Maria Farida yang sememangnya tidak merestui perkahwinan Lisa dan Anas sejak dari awal lagi. Ini kerana Lisa telah menolak permintaan ibunya untuk berkahwin dengan Arif, sama juga kesnya dalam ‘Cari Aku di Syurga’.

Syakila Vs Mira

Watak antagonis Syakila, gadis kampung manis bertudung yang dilakonkan Faye Kusairi dalam 7 Hari Mencintaiku seakan-akan sama dengan watak Mira yang dilakonkan oleh Mimi Lana dalam ‘Cari Aku di Syurga’. 

Kedua-dua watak ini menyimpan perasaan cinta terhadap watak utama atau ‘hero’. Namun apa yang membezakan kedua-dua watak ini adalah Mira dalam  ‘Cari Aku di Syurga’ berniat baik untuk berkahwin dengan Anaz tapi sebaliknya untuk watak Syakila dalam 7 Hari Mencintaiku

Mungkin secara kebetulan jalan cerita seakan-akan sama, namun kedua-dua drama bersiri ini begitu dekat dengan jiwa penonton berikutan mesej yang disampaikan cukup menginsafkan. Kedua-dua drama bersiri ini cukup mencerminkan realiti masyarakat Melayu sama ada yang hidup di bandar mahupun di kampung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.