30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Keadaan Ibu Semakin Uzur, Nora Ariffin Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi, Nora Ariffin memohon orang ramai untuk mendoakan agar ibunya diberikan kesembuhan.

“Berikanlah Kesembuhan Untuk Bonda Tercinta…”

Nora menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan ibunya sedang terlantar di atas katil di sebuah pusat perubatan di Selangor.

“Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesembuhan untuk bonda tercinta Datin Wan Azizah yang semakin uzur. Mohon sahabat-sahabat doakan ibu saya.”-Tulis Nora

Peminat & Artis Banjiri Ruangan Komen

Ruangan komen pelantun Hanya Satu ini dibanjiri dengan ruangan komen para peminat dan rakan artis seperti Ezlynn dan Raja Shah Rezza yang menitipkan doa buat ibunya diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Semoga Datin Cepat sembuh dan Ahli keluarga doberika kekuatan.”-Raja Shah Rezza

“Aminnn  🤲🏻…Syafakillah buat bonda tercinta ❤️.”-Ezlynn Ariffin

“Moga dikurniakan kesembuhan buat bondanya.”

“Semoga dipermudahkan perubatannya dan diberi kesembuhan buat ibunya..Aamin..”

Kami di Murai MY turut mendoakan agar ibu Nora Ariffin, Datin Wan Azizah cepat sembuh..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.