Belum pun reda mengenai isu pengulas filem tempatan, Zhafvlog menyunting tajuk filem yang ditujukan kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, kini timbul pula isu warganet yang berpendapat kononnya bahasa yang digunakan aktres tersebut bagi menyelar tindakan Zhaf disifatkan sebagai biadap.
Perli Mulut Rita ‘Boleh Tahan’
Susulan itu, Rita telah memuatnaik tangkap layar komen warganet yang membidasnya di ruangan komen Facebook sebuah blog. Apa yang menarik perhatian pelakon ini adalah komen yang dikeluarkan oleh pengguna media sosial tersebut seolah-olah mengecam apa yang diperkatakan oleh Rita sebelum ini mengenai pengulas filem tempatan.
“Mulut boleh tahan jugak” ucap @amidahsalleh
Beri Respon ‘Padu’, Selar Komen Netizen
Sehubungan itu, Rita memberi kenyataan balas mengenai teguran yng diterima selain menyifatkan dia berbuat demikian berikutan tindakan Zhafvlog yang agak melampau.
“Habis mulut korang yang suka keji, hina orang tu, mulut apa pula?
Mulut taman-taman syurga??
Oh lupa.. Bagi korang caci maki tu zikir harian…
Kau tak payah nak heran mulut aku lah perempuan….
Kalau lembu-lembu tak cuit aku, aku takkan reply ayat yang sesuai dengan manusia hati binatang.” Tulis Rita
Dalam masa yang sama, Rita turut mendedahkan terdapat ‘haters’ yang mengikuti akaun Instagram nya dan memperli mereka semula.
“HATERS.. TAPI FOLLOW IG SISTURR… Nak jugekkkk tengok apa sisturr buat.
Ni spesis kacuk apa pula… Cer teka.” Tulisnya lagi
Terdahulu, Rita menyelar tindakan pengulas filem tempatan dengan gelaran ‘blogger lembu’, kerana menyunting tajuk poster lakonannya berikutan dia tidak mengambil vaksin.