Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA meluahkan rasa kecewa selepas ramuan nasi lemak yang dibelinya di sebuah restoran makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC) seperti tidak lengkap .
“Mana Ikan Bilisnya?”-Diva AA
Menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di laman Twitter pada hari ini, Diva AA menegur khidmat restoran makanan segera itu berikutan tidak menyertakan ikan bilis pada nasi lemak tersebut, sama seperti kelaziman yang ada pada kebanyakan nasi lemak.
“Kau tengoklah drive-thru ya Nasi Lemak KFC sebab tak tahu nak makan apa dah. Tapi beli nasi lemak kau tengok apa yang ada. Ini of course nasi dia, tu sambal dia, telur, timun, kacang.
Mana ikan bilisnya? KFC, mana ikan bilisnya? Ikan bilis kau sorok celah pant*at mak kau ke?”- tegur Diva AA
Tambahnya lagi, dia turut kecewa dengan pihak KFC yang telah mengenakan caj mahal namun tidak mampu menyediakan ramuan yang secukupnya.
“Bodohnya bangsatnya kau KFC! Caj aku mahal-mahal ikan bilis pun kau tak mampu nak bagi.
Haritu aku maki hamun ayam kecik. Viral. Ni KFC nasi lemak l*bang pant*at mak engkau.”- katanya lagi
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih dari 1 ribu tontonan daripada pengguna laman Twitter.
Terdahulu, Diva AA meluahkan rasa kecewa selepas saiz ayam goreng yang dibelinya di KFC kelihatan semakin kecil dan turut menyamakannya dengan saiz seekor burung puyuh.