Semalam, tular di laman Facebook apabila seorang lelaki yang juga bekas pemandu kepada pelakon Rozita Che Wan mendedahkan bahawa pelakon itu tidak membayar gajinya seperti yang dijanjikan. murai.my difahamkan lelaki itu baru dua bulan bekerja dengan Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta.
Mahu Boikot Che Ta
Perkongsian itu turut mendapat reaksi daripada Kumpulan Pilot & Bodyguard Kuala Lumpur (KLPB) yang menuntut pihak pelakon itu menjelaskan bayaran gaji kepada pemandu peribadinya.
Malah wakil kumpulan itu juga akan memboikot dan menularkan perilakunya yang sebenar sekiranya dia masih enggan menjelaskan bayaran seperti yang dituntut
” Ingat! Kamu tu celebrity dan public figure! Bangsa ko sendiri ko pijak-pijak.
Mohon viral kan !”
Terdahulu, lelaki itu meluahkan secara umum mengenai masalahnya serta turut menyertakan beberapa suntingan perbualannya bersama pembantu peribadi Che Ta berkenaan permohonan pembayaran gajinya itu di laman WhatsApp.
Che Ta Mengamuk
Menyedari akan isu itu kini tular di media sosial, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemandunya itu. Menurut Che Ta, lelaki itu sememangnya seorang yang bermasalah selain membuat kerja sambil lewa.
Tegas pelakon itu, dia tidak akan teragak-agak untuk turut tularkan sikap lelaki itu memandangkan isu tersebut kini hangat diperkatakan.
Che Ta Bakal Saman Malu
Terbaru, Che Ta dikatakan sudah membayar gaji penuh berjumlah RM2000 kepada lelaki tersebut. Namun setelah cerita mengenainya tersebar luas sehingga menjatuhkan fitnah yang memalukan, Che Ta nekad untuk membuat tindakan mahkamah dengan menyaman malu seetai menuntut dia melakukan permohonan maaf secara terbuka.
“Semalam pada tarikh 6 Februari saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi… tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,”
Menerusi kenyataan media yang dibuat pelakon itu, dedahnya lagi dia sama sekali tidak pernah melarang bekas pemandunya itu untuk membuat kerja lain. Namun dek kerana ianya menjejaskan mutu kerjanya, Che Ta berasa kurang senang selain turut menasihatinya sebelum ini.
“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.
“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.
“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,” katanya