Pelakon, model, dan aktivis teater, Fahad Iman meluahkan rasa berang terhadap sebuah produksi yang memberikannya tawaran berlakon pada saat akhir.
Terpaksa Tolak Tawaran
Menerusi Insta Stories, Fahad akui terpaksa menolak tawaran produksi tersebut kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.
“Saya benci apabila produksi melayan pelakon sebegitu. Baru-baru ini, saya mendapat beberapa tawaran yang sangat last minute,
tetapi saya membuat keputusan berpegang teguh dengan pendirian dan menolaknya kerana ianya terlalu last minute.”- dedah Fahad
Perlu Masa Untuk Baca & Hafal Skrip
Pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini berkata setiap pelakon memerlukan masa untuk membaca dan menghafal skrip. Selain itu, peruntukan masa juga diperlukan untuk berlatih serta melakukan persediaan.
“Kau ingat apa? Actor ni robot ke? Kau bagi script last minute and expect kita just deliver je apa kau nak?
C’mon, saya perlukan MASA. Masa untuk baca & hafal skrip, masa untuk berlatih, masa untuk persediaan.”-katanya lagi
Tambahnya, lakonan itu disifatkan sebagai sebuah seni dan dalam masa yang sama dia turut mempersoalkan kembali penghasilkan sebuah karya yang berkualiti sekiranya ia dilakukan secara tergesa-gesa.
“Lakonan itu satu seni, ianya mengambil masa. Macam mana nak produce something of quality when evertyhing is rushed?-Soal Fahad
Tawaran Sehari Sebelum Penggambaran Dijalankan
Dalam pada itu, Fahad turut memuatnaik tangkap layar perbualan menerusi WhatsApp dari seorang kru produksi yang memberikan tawaran berlakon padanya sehari sebelum penggambaran dijalankan.
“Mind you masa dia tanya ni it was on the 16th, and nak shoot on the 17th, which is the NEXT DAY. Kau rasa?- tegasnya