Bukan mudah untuk mengharungi hidup seharian tanpa insan bergelar bapa. Walaupun ada dikalangan kita terpaksa redha dengan pemergian bapa buat selamanya, pasti jauh di sudut hati ini ada rasa cemburu ketika rakan-rakan sekeliling meraikan sambutan Hari Bapa semalam.
Sebaliknya berlaku kepada pelakon berbakat besar Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil yang meluahkan rasa sedih kerana hanya mampu meraikan hari bapa dari jauh kerana sudah sekian lama tidak bertemu bapa yang disayangi iaitu Rocker legenda, Amy Search.
Dipendekkan cerita, rintihan Abil di Instagramnya menggambarkan ada orang ketiga telah memisahkan hubungan anak beranak ini. Dari bait-bait kata yang disampaikan, Abil menyebut nama ibu tirinya iaitu Norhasniza Hassan yang menjadi punca hubungan Abil dan bapanya semakin jauh.
Terkesan dengan luahan sedih yang disampaikan oleh Abil, lebih dari 20 artis popular telah meninggalkan komen dengan memberi semangat kepadanya. Antara artis tersebut sepert Lisa Suriani, Tiada Jacquelina, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan, Kaka Azraff, Nourul Depp, Shuib Sepahtu, Catriona Ross, Azhan Rani, Mark Adam, Alicia Amin dan ramai lagi.
Doa Lisa Surihani Buat Abil
Terharu dengan luahan Abil, Pelakon Lisa Surihani mendoakan supaya Abil dan Amy dapat disatukan semula pada suatu masa nanti.
“Oh my abil.. my prayers are with u and Abang Amy. Moga dpt disatukan semula dengan kasih sayang dan kebahagiaan keluarga. Much love to you, old friend.”
Nourul Deep Dapat Rasai Kesakitan Abil
Penyanyi, Nourul Depp turut merasai kesakitan yang dialami oleh Abil. Dalam salah satu komen yang ditinggalkan, Nourul berharap Abil sabar dengan apa yang menimpa dirinya. Nourul menyifatkan Abil seorang anak yang baik selama dia mengenali beliau.
“Allah adik! Semoga apa yang abil mahu buat dengan papa abil, Allah perkenankan. Akak doakan. Not easy in your situation. I feel it too sebab anak sulung akak. Saabar, sabar dan sabar. Sure papa pun rindu tu. You are still his daughter. Takde halangan di dunia dan di akhirat. Papa abil yang akak kenal sangat sangat baik. Abil call dia ja, luruh ayaq mata dia For sure. . Akak doakan semoga semua kembali baik 🙏🏻❤️ love you @kupu_kupu”
Catriona Ross Sebak
Pelakon Catriona Ross tidak mampu menahan sebak saat membaca luahan Abil ini.
“Abil dearie, sumpah … i swear when i first start baca, i had a lump in my throat, habis baca air mata bergenang, Insha allah Abil, that time wil come. Im sure Abang Amy misses you just as much”
Walaubagaimanapun, selagi ada masa dan nyawa dikandung badan, kami berharap pasangan anak beranak ini dapat ditemukan semula dalam apa cara sekalipun. Jangan nanti bila salah seorang dah tiada, timbul rasa menyesal. Hidup ini terlalu singkat!