Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp mencuri perhatian apabila video yang dikongsinya di laman Instagram menjadi bualan peminat setelah dia meluahkan rasa terkilan kerana ditengking oleh seorang pegawai polis di Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Nourul Kecewa
Menurut Nourul, ketika itu dia ingin menghantar pulang kedua ibu bapa mentuanya,namun kecewa dengan sikap anggota beruniform tersebut yang bersikap biadap kerana mengeluarkan bahasa tidak sopan walaupun Nourul dan keluarga tidak membuat sebarang kesalahan selain patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Bakal Pindah?
Dalam perkongsian yang dibuat Nourul, tertumpu pada satu komen balas dari pengikutnya yang meluahkan rasa syukur setelah ibu bapa mertua penyanyi ini selamat tiba di negara mereka dan mengharapkan agar dapat kembali lagi di Malaysia.
Namun dalam komen balas tersebut, pelantun Kerana Terluka ini memberi bayangan bahawa seolah-olah dia dan keluarga bakal berpindah ke kampung halaman suaminya di Saint Dié Des Vosges, Perancis.
” tak tau lah bila. Mungkin dak dah kot. Kami yang akan ke sana. Tak lama nak pindah negara dah” komen Nourul
Dalam pada itu, pengikutnya meluahkan rasa terkejut dengan komen yang diberikan oleh Nourul selain turut bertanyakan jangkaan tarikh Nourul akan berpindah kelak.
Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4 dan Isabella Depp, 1 tahun.
Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 21 tahun.