Semalam, Murai.my melaporkan terdapat seorang gadis di laman Twitter mendedahkan rakannya menjadi mangsa rogol pendakwah dan penyanyi Da’i Syed sehingga membuatkan dirinya mengalami trauma. Malah beberapa pendedahan yang dibuat oleh beberapa individu lain kononnya turut menjadi mangsa turut mengejutkan ramai pengguna laman itu.
Bapa Da’i Syed Beri Peringatan
Sedar akan isu yang tular, bapa Da’i Syed iaitu Syed Jamalullail menerusi laman Facebook nya tampil memuatnaik satu kenyataan berkenaan anaknya. Menurut Syed Jamalullail atau juga dikenali sebagai Seif Jamalullail di laman itu, dia menerima banyak mesej serta keratan kenyataan bahawa kononnya anaknya itu didakwa telah merogol seorang gadis.
Keluarga Kena Tempias
Sebagai seorang bapa, dia telah banyak menasihati Da’i Syed namun dedahnya segala pesananan itu telah diabaikan oleh pendakwah tersebut sejak dua tahun lalu. Jelasnya lagi,sekiranya benar Da’i Syed bersalah dia rela sekiranya anaknya itu dihadapkan ke muka pengadilan dan memohon agar pihak yang terlibat membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Malah, Seif Jamalullail turut berharap agar Da’i Syed meninggalkan dunia hiburan kerana keluarganya merindui dirinya yang dahulu selain ini akui turut terkena akan tempias isu tersebut.
Dalam perkembangan lain, petang semalam Da’i Syed telah pun membuat laporan polis berkenaan dakwaan merogol yang tular di media sosial. Menerusi laporan tersebut, Da’i Syed mendakwa dia menjadi mangsa fitnah dan sama sekali tidak mengenali kedua-dua individu tersebut termasuklah yang dikatakan menjadi mangsa rogolnya.
Enggan memberi komen lanjut, pendakwah itu sebaliknya menyatakan laporan polis itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak yang terlibat tidak membersihkan namanya semula.