Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan rumah tangga pendakwah selebriti, PU Abu dan isterinya Hana Azraa sedang berantakan.
Hana Dedah Sudah Bawa Haluan Masing-Masing
Seperti menguatkan lagi dakwaan tersebut, Hana menerusi Insta Story nya memberikan bayangan bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung. Pendedahan itu dibuat Hana selepas diajukan soalan oleh pengikutnya dalam ruangan soal jawab. Malah dia juga berserah pada Alah sekiranya ditakdirkan melahirkan anaknya tanpa suami di sisi.
“Kami dah bawa haluan masing-masing,”
“Fokus nak bersalin je. Selawat, zikir banyak-banyak. Insya-Allah dan Alhamdulillah Allah permudahkan,” katanya.
PU Abu Nafi Curang
Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Harian Metro, PU Abu menafikan dia berlaku curang dengan isterinya selepas Hana mendedahkan mereka kini sudah membawa haluan masing-masing
Jelas Abu, hubungan rumah tangganya bersama Hana tiada masalah dan mereka masih suami isteri
“Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.
“Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Sebelum ini, pada Januari lalu Hana mendedahkan suaminya telah berlaku curang kepada bersama seorang wanita.Kisah pasangan ini menjadi bualan ramai apabila PU Abu telah menceraikan bekas isterinya, Ain Afini Latif ketika wanita itu sedang sarat hamil anak pertama mereka sebelum berkahwin bersama Hana.