27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Kalau Betul Dia Curi Sebab Nak Bantu Atuk Dia Sakit Macam Mana?”-Fizz Fairuz

Kes seorang remaja yang tular di media sosial yang ditangkap berikutan mencuri wang dari tabung masjid mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, Dato Fizz Fairuz yang mempersoalkan tindakan pihak terlibat.

Periksa Kesahihan Sebelum Ambil Tindakan

Menurut Fizz , dia berpendapat isu tersebut seharusnya diperiksa terlebih dahulu akan kesahihan ceritanya sebelum mengambil tindakan susulan.  Dikhabarkan, remaja tersebut terpaksa mencuri kerana ingin membantu datuknya yang sakit.

“Kalau la betul dia mencuri sebab nak bantu atuk dia, apa la salahnya pergi check dulu kesahihan sebelum ambil tindakan. Kalau betul maafkanlah, bukan menghukum begitu.

Kalau dia salah memang betul patut dihukum dan dijadikan pengajaran..Baru ada akai. Kalau betul dia curi sebab nak bantu atuk dia sakit, macam mana? Fikirlah”- luah Fizz

Pelbagai Reaksi Netizen

via UTUSAN/AMIR KHALID

Tinjauan Murai.my di ruangan komen hantaran pelakon itu mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fizz, malah ada yang mempersoalkan tindakan pihak masjid yang disifatkan tidak mencerminkan keperibadian orang Islam kerana menghukum remaja itu sedemikian.

“Betul..Yang orang atas mencuri lagi besar amount takde pulak nak ambil tindakan terus.”

“Allahuakbar sedihnya dia mencuri mesti ada sebab jangan la hukum dia sampai macam ni”

“Yang cubaan curi tabung masjid serta merta korang penjara. Yang songlap duit negara, sampai hari ni boleh duk selfie makan roti. Itu bezanya undang-undang di Malaysia. Sabarlah dik Daniel, Allah sedang melihat dan mengangkat kamu ke tempat yang lebih tinggi.”

“Allah, kesiannya kena kapur barus. Apakah begini orang Islam menghukum? Bukan dengan mendidik? Adakah siasatan telah dilakukan sepenuhnya dengan akal? Fikir-fikirkan. Bukan menggalak kecurian tabung masjid tapi tengok dari sudut lain cara menangani masalah seperti ini.” komen mereka

Terdahulu, tular video seorang remaja lelaki  dimandikan seperti ‘jenazah’ oleh pengurusan sebuah masjid kerana mencuri tabung masjid berkenaan. Susulan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret.  Sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah turut menegur perbuatannya dan menasihati remaja tersebut supaya insaf dan menjadikannya sebagai pengajaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.