Pelakon yang juga pengarah teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menerusi laman Twitter nya meluahkan rasa kecewa terhadap penerbit teater itu, Fauziah Ahmad Daud.
Ogy Mungkir Janji
Menurut Khir, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy dikatakan telah memungkiri janji sekali lagi untuk membayar wang tertunggak mereka yang terlibat dalam Korupsi Dewan Semandung sejak beberapa bulan lalu.
Dedah Khir lagi,sebelum ini Ogy telah mengambil pendekatan untuk melantik syarikat guaman serta menghantar surat penyelesaian bayaran tertunggak yang telah dijadualkan pada 16 Mei baru-baru ini. Dalam surat tersebut, ada diantara mereka akan dibayar terus 100% dan selebihna dijelaskan sebanyak 50%.
Bayaran Ditangguhkan
Namun, sehari sebelum tarikh yang dijanjikan mereka menerima satu lagi surat dari syarikat guaman yang sama yang menyatakanpembayaran akan ditangguhkan.
“Sejak hal ini menjadi viral, sekitar 8 Mei lepas, Kak Ogy, melalui sebuah syarikat peguam, Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir telah menghantar surat tawaran penyelesaian untuk bayaran kami yang masih tertunggak itu.
“Surat tawaran itu menyatakan bahawa ada di antara kami yang akan dibayar terus 100 peratus dan ada pula yang akan dibayar 50 peratus pada 16 Mei.
“Malangnya, dari syarikat guaman yang sama sehari sebelum 16 Mei, sampai lagi satu surat memberitahu pembayaran akan ditangguhkan.
“Ya ..ditangguhkan ke suatu tarikh yang tak dapat dipastikan lagi, bererti dimungkiri lagi”
Dalam pada itu, Khir turut merayu kepada Ogy agar dapat menjelaskan segala hutangnya kerana telah memberikan kepercayaan yang sepenuhnya sebelum ini.
“Sila bayar hak kami…saya mohon!
“Kami telah beri Kak Ogy kepercayaan sepenuhnya walaupun sebenarnya kami tak faham macam mana Kak Ogy nak bayar duit kami melalui promosi yang kurang dari 2 minggu dan hanya 3 malam persembahan.
“Kami telah jaga nama Kak Ogy, kami bersungguh-sungguh menghasilkan pementasan yang baik.
Terdahulu, pelakon dan kru produksi mendakwa pihak produksi Ogy Ventures & Network gagal untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.