27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Kakja Speechless Sangat”- Heliza Helmi Akui Segan Terima Hadiah Majlis Resepsi Oleh Mila Jirin

Penyanyi dan pelakon, Heliza Helmi meluahkan rasa teruja apabila menerima hadiah majlis resepsi daripada penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.

Mila Bersungguh Memujuknya Untuk Terima Hadiah Majlis Resepsi

Menerusi posting di Instagram, Heliza memberitahu bahawa Mila bersungguh-sungguh memujuknya untuk menerima majlis resepsi yang disediakan oleh Mila sebagai hadiah buat Heliza Helmi dan suami.

“Alhamdulillah lepas ijab qabul, sahabat dunia akhirat kakja @mila_jirin bagitau nak bagi hadiah. Sekali hadiah dia ialah MAJLIS RESEPSI!!

Ya Allah. Sangat terkujat! Kakja segan sangat-sangat. takyah laaa @mila_jirin. Pastu @mila_jirin kata, aku memang dah niat dari dulu lagi nak hadiahkan mu majlis. @mila_jirin sngguh-sungguh pujuk nak buat majlis juga.”-Kongsi Heliza Helmi

Niat Awal Hanya Mahu Adakan Akad Nikah Sahaja

Tambahnya lagi, Heliza memberitahu bahawa dia sejujurnya hanya mahu mengadakan akad nikah sahaja namun Allah sudah menyusun jalan cerita yang sangat berbeza buat mereka.

“Kakja speechless sangat ni. Sejujurnya nak buat akad nikah sahaja. Sekali Allah susun lain sangat jalan ceritanya.”-Heliza Helmi

Di akhir posting nya, Heliza menitipkan rasa syukur kerana mempunyai sahabat yang sangat baik seperti Mila dan menitipkan harapan mereka bertemu kembali di Jannatul Firdaus tanpa hisab dan azab.

Sweet kan persahabatan Heliza dan Mila Jirin..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.