Susulan tular sebuah lagi video Kak Long 7E yang dikatakan telah menghina golongan kurang upaya (OKU), wanita tersebut tampil menjelaskan perkara yang sebenar.
Tiada Niat Hina OKU
Menerusi laman Facebook nya, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina OKU. Akui telah membuat video secara langsung, jelas Kak Long ketika itu niatnya hanya ingin bergurau dan tidak menyatakan nama mana-mana individu.
“Kaklong tak ada ejek OKU.
“Kaklong tau satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah. Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang. Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya.
“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia. Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar. Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan.” tulisnya
Mahu Berehat Dari Media Sosial
Lantaran itu, Kak Long memohon maaf atas apa yang terjadi dan membuat keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial berikutan ingin muhasabah diri.
“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di Media Sosial ini. Terlalu ramai orang negative. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.
“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu.
Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa.” katanya
Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wakil daripada OKU Sentral kerana ingin mempertahankan maruah OKU yang telah dihina menerusi video berkenaan. Menerusi artikel Murai.my sebelum ini, dalam sebuah video yang tular Kak Long dilihat telah mengajuk tingkah laku orang kelainan upaya.
“Kak Long, sebenarnya Kak Long bukan nak viral pun. Kak Long tak tahu video itu boleh viral..
“Kak Long, minta maaflah..Jangan marah-marah” katanya sambil ketawa
Video yang berdurasi 30 saat itu bukan sahaja telah ditonton oleh ribuan penonton malah turut dihujani dengan pelbagai komen yang mengecam tindakannya.