22.9 C
Malaysia
Sunday, September 1, 2024

Latest Posts

Kaitkan Resit Zakat Dengan Nombor Ekor, PU Syed Naik Angin

Satu perkongsian milik Pencetus Ummah (PU) Syed di Instagram-nya mendapat perhatian ramai warganet, bila mana muatnaik tersebut berkaitan dengan pemilik kelab komedi yang kontroversi iaitu Rizal Van Geyzel.

Guna Resit Zakat Sebagai Bahan Jenaka

Pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak ini memuatnaik tangkap layar hantaran Instagran milik Rizal, di mana pemilik kelab komedi tersebut menggunakan gambar resit bayaran zakat sebagai bahan jenaka untuk membeli nombor ekor.

“Esok beli nombor 4D” coret Rizal

Berang Perbuatan Rizal Menghina Agama

Pendedahan tersebut membuatkan PU Syed berasa berang dengan perbuatan pemilik kelab komedi, di mana perbuatan tersebut menghina agama Islam dan hal ini perlu dipandang serius.

“Memang sejak awal lagi pemilik Crackhouse Comedy Club KL ni menghina agama Islam.

Makin geram tengok pendedahan demi pendedahan tentang manusia ni.. Jika Malaysia tiada undang-undang, memang bahang tanoh dah dia ni!” Tulis PU Syed

via Instagram PU Syed

Netizen Persoal Agama Pemilik Kelab Komedi

Melihat hantaran yang dikongsikan PU Syed di Instagram itu, membuatkan ramai warganet yang bertanya pegangan agama pemilik kelab kontroversi tersebut di ruangan komen.

“Maaf nak tanya. Dia Islam ke tak ya?”

“Dia ni Islam ke ustaz?”

“Astaghfirullah” komen mereka

via Instagram PU Syed

“Kena banyak buat laporan polis.. Tolang pada siapa-siapa kesempatan”

“Dia ni Islam ke”

“Eloknya ambil pages pages dia yang menghina Islam tu” komen warganet

Terdahulu Murai MY ada melaporkan tentang pemilik kelab komedi menggunakan isu perkauman sebagai bahan jenaka, dan kini kelab tersebut ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.