Khas buat peminat filem seram bersiri dari Warner Bros dan New Line Cinema, “The Conjuring“. Lama menunggu, akhirnya siri ketiga filem ini menerima judul rasmi, iaitu “The Conjuring: The Devil Made Me Do It”.
Pengumuman ini dikongsi dalam akaun media sosial rasmi “The Conjuring”. Seperti yang dijelaskan menerusi judulnya, siri ketiga ini akan mendedahkan kes keganasan yang dahsyat yang sekali lagi disebabkan oleh roh jahat.
Dipetik dari Slashfilm, sinopsis siri ketiga sememangnya berbeza daripada dua filem terdahulu. “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” akan memberi tumpuan kepada seorang lelaki yang sedang dibicarakan kerana membunuh. Tetapi lelaki itu mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana dia dirasuki oleh roh.
Pengarah James Wan yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penerbit dalam filem ini juga mengatakan bahawa kes itu adalah kali pertama dalam sejarah Amerika di mana defendan menjadikan ‘rasukan’ sebagai alasan.
“Ia tentang seorang yang diadili kerana kesalahan membunih. Saya rasa ini adalah kali pertama dalam sejarah Amerika bahawa defendan menjadikan alasan kerasukan, sebagai alibi,” kata James.
James Wan juga berkisarkan bagaimana siri “The Conjuring” itu didasarkan pada fail kes-kes Ed dan Lorraine Warren. Oleh itu, cerita-cerita dalam franchise ini adalah berdasarkan cerita sebenar dari keluarga Warren yang sebenarnya.
Dalam filem ini, beberapa pelakon lama seperti Patrick Wilson dan Vera Farmiga pasti akan kembali memainkan peranan sebagai pasangan paranormal Ed dan Lorraine Warren.
Filem ini diarahkan oleh Michael Chaves yang sebelum ini mengarahkan “The Curse of La Llorona“. Mengikut perancangan, “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” akan dikeluarkan pada 11 September 2020 kelak.