22.8 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Jual MySejahtera Pada Syarikat Swasta? Ini Jawapan Khairy Jamaluddin!

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin (KJ) tampil memberikan penjelasan terhadap isu status pemilikan aplikasi MySejahtera yang dibangkitkan oleh beberapa pihak di media sosial.

Aplikasi MySejahtera Adalah Hak Milik Kerajaan

Menerusi laman Twitter, Khairy memaklumkan bahawa KKM tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta dan ia adalah hak milik kerajaan.

“KKM ingin menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta.

Pada 26 November 2021, pihak kerajaan telah memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik Kerajaan dan KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi ini untuk pengurusan kesihatan awam negara.”-ujar KJ

Tambahnya,kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT), yang telah membangunkan aplikai MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021 seperti yang tular di media sosial.

“Perkara ini adalah berdasarkan ketetapan syarikat yang telah menawarkan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada Kerajaan untuk tempoh setahun tana sebarang bayaran berdasarkan prinsip Corporate Social Resposibility (CSR) syarikat”- katanya lagi

Aplikasi MySejahtera Di Bawah Penyeliaan Kementerian

Selain itu, KKM menegaskan bahawa data aplikasi tersebut adalah di bawah penyeliaan kementerian ini sejak ia mula digunakan.

“Segala pengurusan data akan melalui proses tadbir urus data yang telah ditetapkan oleh KKM.

Dalam hal ini, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera perlu mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa.

Sehubungan itu, data MySejahtera tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.”- kongsi KJ

Menurut KJ, MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan dengan KKM sebagai pemilik utama termasuk semua data yang diterima aplikasi itu. Malah, kerahsiaan data adalah terjamin dan KKM akan memastikan aspek ini tidak dikompromi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.