24.1 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Jual Kimono Pulak Lepas Ni?”- Kenapa Netizen Sindir Jovian Mandagie Sertai Lawatan Kerja PM Ke Jepun?

Umum mengetahui Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah tiba di ibu negara Jepun bagi memulakan lawatan kerja rasmi di sana.

“Jovian Ikut?”

via Twitter

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah terdapat komen seorang netizen yang mempertikaikan mengapa menantunya yang merupakan usahawan dan pereka fesyan, Datuk Jovian Mandagie bersama isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri turut menyertai lawatan kerja bapa mertuanya itu.

“Jovian ikut? Apahal? Apa kapasiti dia? Nak jual kimono pulak lepas ni?”-Netizen

via Twitter

Cetus Perdebatan Netizen

Ramai pula pengguna media sosial lain mula membanjiri komen netizen itu hingga ada yang berpendapat lawatan kerja tersebut hanya membazirkan wang rakyat.

via Instagram

“Bazir duit nga gitu je cukai kita. Sah sah keluar negara guna duit cukai negara. Bawak pulak jovian.”

“Biasalah..Jawapan Jovian: I pergi duit sendiri sambil tinjau peluang bisnes. Tak caya gi tengok IG dia. Sama macam dia jawab kes heli. Banjir haritu. Dia mampu. Apadahal?”

“Bila lagi dah nak dapat makan angin taraf menteri, dapat escort polis jepun bagai. Untunglaa jadi anak beranak keluarga Malaysia ni.”

via Twitter

Kehadiran Jovian menyertai lawatan kerja ini mungkin kebetulan atau terdapat urusan perniagaan yang dia harus laksanakan. Walaubagaimanapun, sehingga kini Jovian Mandagie dilihat masih belum memberikan sebarang kenyataan terhadap pertikaian netizen kepadanya berhubung lawatan kerja bapa mertuanya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.