21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Jantung berdebar, sukar bernafas” – Linda Rafar Dedah Kakak Diserang Anxiety

Sebelum ini, pelakon Datin Diana Danielle menerusi perkongsiannya di laman Instagram mendedahkan bahawa dia telah diserang anxiety yang agak teruk sehingga sukar bernafas. Malah dalam videonya itu kelihatan Diana turut menangis mengalirkan air mata kerana serangan tersebut.

Liza Rafar Diserang Anxiety Kali Ketiga 

Terbaharu, perkara yang sama juga terpada pada kakak pelakon dan penyanyi, Linda Rafar yang diserang anxiety buat kali ketiga. Kongsi Linda di halaman Instagramnya, serangan ini lebih teruk berbanding dahulu malah ianya merupakan serangan ketiga pada kakaknya yang juga pelakon, Liza Rafar berlaku dalam masa seminggu.

“Hanya diri ini dan Allah…Hanya Dia maha penyembuh…Syukur jiran teman-teman kakak saya sempat angkat dan bawa ke emergency wad”

Menurut Linda, dia bersyukur kerana jiran-jiran kakaknya sempat membantu dan membawa kakakknya ke wad kecemasan. Tambah isteri kepada Syed Aiman ini, dia tidak menolak terlalu tertekan dan penat antara punca mengapa ianya boleh terjadi

Keadaan Masih Lemah 

Bagaimanapun, keadaan Liza kini sudah stabil biarpun masih lemah dan sedang berehat di rumah adik mereka, Diana Rafar.

“Mohon kawan-kawan doakan kakak Linda diberi semangat kembali, kekuatan, sihat yg berterusan dan dijauhi dari segala gangguan.

“Jika ada yang tau di mana tempat yang bagus untuk berubat boleh tinggalkan nombor telefon di ruangan komen,”

https://www.instagram.com/p/B1d7QFYn793/?utm_source=ig_embed

Di kesempatan itu, Linda turut mengharapkan agar semua peminat dan kenalan dapat mendoakan yang terbaik buat kakaknya selain meminta pendapat mereka mengenai alternatif lain untuk mengubati keadaaan Liza itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.