21.4 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Janna Nick Hampir Bunuh Diri, Rakan Selebriti Titip Doa & Semangat

Penyanyi, pelakon dan pengacara Janna Nick akhirnya berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya selepas berehat seketika daripada media sosial berikutan akui tertekan dengan jadual kerjayanya yang terlalu ketat baru-baru.

Janna Mempunyai Gangguan Bipolar

Bagaimanapun, hantaran terbaharu pengacara Melodi ini ternyata mengejutkan ramai pihak apabila Janna akui dirinya mempunyai gangguan bipolar. Lebih merisaukan, Janna juga mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri kali sepanjang hidupnya termasuk berbuat sedemkikan di hadapan adik perempuannya suatu ketika dahulu.

“Pengalaman pertama ketika berusia 14 tahun. Saya menelan segenggam panadol yang dicampurkan dengan ubat lain.

“Saya tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Dahulu saya duduk sekolah berasrama penuh, jauh. Setiap hujung minggu, saya tengok ibu bapa rakan mengunjungi mereka, bawa makanan. Saya pula hanya tengok di sebalik tingkap.

“Percubaan bunuh diri kedua setahun selepas itu ketika mahu mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya memotong pergelangan tangan sendiri di hadapan adik perempuan saya,” dedahnya

Berada Dalam Kawalan Ubat 

Biarpun begitu, Janna berkata dia sudah mengambil ubat anti kemurungan, Escitalopram dan Carbamazepine (CBZ) untuk meredakan penyakit berkenaan selain cuba untuk tidak fokus pada media sosial ketika ini.

“Selama ini, saya fikir otak saya berfungsi dengan normal, sama seperti orang lain. Saya memang ingat biasa apabila suara dalaman kita terus bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan kumpulan.

“Saya sedar ketika mula mengambil ubat. Baru saya tahu apa yang dialami bukanlah normal. Saya tidak tahu apakah faktor genetik atau disebabkan masa lampau,” katanya.

Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen dan beberapa hantaran yang dimuatnaik oleh peminat dan rakan selebriti, rata-rata memberi sokongan buat Janna untuk terus kuat dan mendoakan agar dia dilindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Terdahulu, Janna berkongsi video di IGTV miliknya yang menunjukkan dirinya menangis berikutan berada dalam keadaan tertekan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.