Pengarah terkenal, Michael Ang tampil memberikan respon selepas dikatakan gila glamour kerana bakal merilis single terbaharunya.
“Eeerrmm dulu ko kutuk kiri kanan orang sana tak leh nyanyi orang sini tak leh nyanyi ko pi tengok event ko kata suara tu ke laut la apa la end up now ko buat lagu…Eerrmmm Gils Glams!! Sorry.. same jer level ko!!”-Kritikan rakan selebriti
Tidak Kisah Dikutuk Asalkan Dapat Payment
Menerusi IG Stories, Michael Ang turut menjawab kritikan rakan selebriti yang mendakwanya sebagai gila glamour dan memberitahu dia tidak kisah dikutuk asalkan asalkan mendapat payment bagi perkara yang dilakukan.
“Hmm kutuk la babe janji bukan aku keluar duit untuk buat lagu tapi rang yang nak I nyanyi. Janji dapay payment.”-Jelas Michael Ang
Rilis Teaser Single Terbaharu
Michael Ang juga dilihat sudah memuatnaik teaser single terbaharunya di Instagram dan turut meminta pendapat orang ramai terhadap nyanyiannya.
“Salam semua. Last teaser! Heheheh ok ke tak? Sumbang ke tak? Sila kan kutuk ya. Luv u all be safe!”-Michael Ang
Apa pendapat korang? Okay ke tak nyanyian Michael Ang?