Sebelum ini, penyanyi Adibah Noor pernah meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila akaun Instagram miliknya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Adibah Mohon Sekat Akaun Lama
Terkini, peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) itu meminta peminat dan pengikutnya untuk bersama-sama membuat laporan, berhenti mengikuti serta menyekat akaun lama Instagram nya. Ia kerana akaun yang mempunyai 157 ribu pengikut itu bakal dijual dan dikhuatiri akan memperdayakan lebih ramai pihak.
“Mintak baca dan buat tindakan dengan segera:
1. Kalau dulu anda pernah follow akaun instagram saya adibah_noor, sekarang namanya dah ditukar oleh lah*nat bast*rd hacker kepada @alipektasofficial . Jadi sila UNFOLLOW dan REPORT, BLOCK
2. Dia nak jual akaun tu. Jangan terpedaya” pesan Adibah menerusi media sosial nya
Menjengah ke ruangan komen hantaran di Instagram, rata-rata pengikutnya telah berbuat seperti yang dipinta oleh penyanyi itu dan turut mengecam tindakan pihak tersebut yang disifatkan mereka sebagai melampau.
Sejumlah Wang Untuk Dipulangkan Kembali
Untuk info, sebelum ini akaun tersebut merupakan pautan rasmi Adibah untuk berkongsi perkembangan dirinya serta menjalankan perniagaan atas talian. Namun, ia tidak dapat dipulangkan kembali kepadanya berikutan pihak tersebut meminta sejumlah wang sebagai syarat.
Susulan itu, Adibah telah mewujudkan sebuah akaun Instagram baru yang kini didaftarkan sebagai @adibahnoormohdomar.