23.1 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Jangan Selfish!”- Pusat Beli-Belah Dibuka, Chef Wan Bimbang?

Selari dengan pembukaan semula 11 sektor di negeri Fasa 1, chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak terlepas daripada menyatakan perasaan terujanya. Dalam pada masa yang sama, dia juga memberi beberapa pesanan yang dapat membuka mata orang ramai.

Minta Bantu Peniaga 

Walaupun banyak sektor termasuklah pusat beli-belah beroperasi semula, Chef Wan meminta orang ramai untuk sama-sama membantu peniaga. Ujarnya walaupun tidak terdesak untuk berbelanja, tetapi membantu dengan membeli daripada mereka dapat memulihkan semula ekonomi.

“Mereka memerlukan pertolongan kita bukan hanya kerana kita terdesak untuk berbelanja atau meneruskan kehidupan normal kita, tetapi kita juga perlu menolong mereka untuk kembali berdiri dan ekonomi negara ini bergerak kembali yang jelas telah mempengaruhi banyak kehidupan kita”, kongsinya.

Patuh SOP & Jaga Diri 

Tambah Chef Wan, keterujaan terhadap pembukaan pelbagai sektor boleh menyebabkan ramai yang terlupa dan tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). Dia juga menegaskan agar setiap individu menjaga dan hormat akan hak asasi manusia.

Foto – The Vulcan Post

“Walaupun bersemangat di luar sana, harap rakyat Malaysia menggunakan akal dengan patuh SOP. Jaga kebersihan diri dan juga menghormati hak-hak kebersihan dan keselamatan orang ramai juga.

Jangan pentingkan diri sendiri, jika nampak sesak jangan masuk kedai-kedai itu”, luahnya.

Kongsinya lagi, jika ada individu yang sakit atau memiliki anak yang lemah sistem imun, dia meminta mereka untuk tidak merisikokan diri sendiri serta ahli keluarga dengan keluar dari rumah. Chef Wan juga mendedahkan agar setiap orang bertanggungjawab dan tidak pentingkan diri sendiri sehingga mendatangkan bahaya pada orang lain.

Foto – The Business Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.