21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Jangan Salibkan Aina” – Peguam Tampil Beri Pandangan

Masih lagi mengenai Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang disifatkan ramai sebagai paling sensasi dalam sejarah penganjurannya. Antara kisah yang hangat dibicarakan adalah mengenai persembahan Aina Abdul menerusi lagu Sumpah.

Alan Razak Tampil Beri Pandangan 

Aina yang ketika itu menyarungkan busana serba putih membuat gimik dengan tampil ‘berdarah’ yang mendapat pelbagai respon daripada peminat. Namun, terdapat dakwaan yang mengatakan persembahan itu seperti mempengaruhi orang untuk membunuh diri selain melanggar peraturan kandungan media. Berikutan itu, video persembahan penyanyi itu telah digantung buat sementara waktu di laman YouTube.

Tampil untuk memberi pandangan, peguam terkenal yang dikenali sebagai Alan Razak turut menjelaskan kod Kandungan yang dikatakan telah dilanggar oleh Aina dari sudut pandang undang-undang dan sebagai seorang peguam. Menurut Alan, pihak tersebut iaitu PHM (Public Health Malaysia) telah memberikan beberapa kenyataan yang tidak tepat mengenai kod kandungan tersebut.

“Mungkin ini la yang PHM cuba kaitkan dengan persembahan Aina. Sampai lah dia kena kecam teruk. Sampai kawan-kawan kat Mahkamah pagi tadi pun ada cerita tapi time tu aku tak berkesempatan telaah Kod Kandungan ni, dan lepas tengok aku berpendapat kecaman dari PHM tu banyak khilafnya, dan salah letak (misplaced).

Tidak Bawa Pengaruh Buruk 

Jelasnya lagi, persembahan yang dilakukan oleh Aina sama sekali tidak membawa pengaruh kepada orang ramai untuk menggalakan perbuatan membunuh diri seperti yang didakwa oleh PHM.

Sebaliknya Aina telah menerangkan ianya membawa maksud sakit, perit dan hati yang luka.

“Aina terangkan yang itu cuma terjemahan lirik lagu yang maksudnya sakit, perit dan luka. Bukan kecewa dan mencari penyelesaian dengan membunuh diri.

“Dan aku rasa sebagai seorang yang kosong dalam bidang seni dan hanya bercakap di atas kapasiti sebagai seorang peguam yang mana aku, sama ada melalui kes yang aku sendiri kendalikan, atau berdasarkan perkongsian rakan-rakan peguam lain, tentang isu jenayah dan kriminologi yang membawa kepada berlakunya kes-kes ‘self hurt’ atau bunuh diri, persembahan Aina sikit pun tak membawa kepada ‘insinuation’ kepada apa yang digambarkan sebagai pelanggaran Kod Kandungan itu.”

Pesan Alan lagi, dia mengharapkan agar pihak PHM berhenti menyalahkan Aina kerana niat penyanyi itu hanya ingin berhibur dan berkarya dengan ikhlas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.