Penyanyi Shila Amzah memberi pesanan kepada mereka diluar sana agar tidak sesekali bercinta atau berkahwin dengan individu yang mempunyai sejarah sebagai pembuli.
Menerusi perkongsian di X, Shila berkatasikap kurang belas kasihan yang ada pada pembuli bimbang akan memberi kesan terhadap pasangan pada masa akan datang.
“Jangan sekali-kali bercinta atau berkahwin dengan seseorang yang mempunyai sejarah menjadi pembuli. Kekurangan empati dan kekejaman mereka akhirnya akan ‘menggigit’ anda pada masa hadapan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shila turut menyeru agar gejala buli dapat dihentikan kerana memberi kesan trauma terhadap mangsa yang tidak akan dapat dilupakan.
“Hentikan budaya buli. Pembuli selalunya akan sentiasa mengalami kesukaran untuk mengingati peristiwa khusus tingkah laku buli mereka terhadap mangsa.
“Sementara, mangsa yang dibuli pula sering mempunyai ingatan yang jelas dan berkekalan tentang kejadian tersebut,” tulisnya.
SUMBER: Kosmo