Pelakon Izara Aishah menafikan bahawa ciapan nya di laman Twitter mengenai Sharifah Rose adalah cubaan mengecam pengamal media sosial terkenal itu.
Sudah Popular Sebelum Berlakon
Sebaliknya, jelas Izara dia memberi contoh Rose adalah mereka yang dikalangan ‘instafamous’ yang sememangnya berlakon sebelum terkenal. Kongsinya lagi, dia mengharapkan agar bakat gadis itu akan terus berkembang.
“Anda semua obses dengan Rose bukan? Syarifahrose sayang, awak kan berlakon sebelum popular di Instagram lagi dan saya dengar awak ini memang minat berlakon. Jadi teruskan bersinar dan jadilah salah seorang yang mengangkat nama industri” tulisnya
Hanya Kecewa Dengan Mereka Yang Tidak Serius
Tegas Izara, dia tidak mencemburui atau cuba menutup rezeki mana-mana pihak namun hanya sekadar meluahkan rasa kecewa melihat sikap sesetengah pelakon baharu yang tidak serius untuk berlakon. Malah dia turut berkata hanya mengambil prinsip membawa haluan sendiri berbanding mengambil tahu akan perihal orang lain.
“Saya bukannya dengki dengan rezeki sesiapa, Astaghfirullahaladzim. Saya cuma kecewa dengan mereka yang tidak serius ketika berada di set, yang hanya risau mengenai rupa paras mereka sahaja yang ditonjolkan berbanding watak yang diberikan. Kepada pendatang baharu, saya ingin nasihatkan tolong jangan letak harga bayaran anda terlalu rendah” katanya lagi
Terdahulu, Izara mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih Instafamous untuk tawaran berlakon disebabkan bayaran mereka yang dikatakan murah. Pelakon yang berusia 29 tahun ini berharap agar Instafamous yang ingin menjadi seorang pelakon menjaga disiplin dan lebih serius dalam bidang tersebut.