Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin tampil memberi penjelasan selepas dia dituduh oleh netizen bahawa dia dikatakan tidak mempedulikan ibunya yang tinggal di kampung.
Tak Dapat Tidur Malam Kerana Komen ‘Tajam’ Oleh Netizen
Menerusi posting di Instagram, bekas personaliti televisyen ini akui bahawa dia tidak dapat tidur malam selepas mendapat komen-komen yang ‘tajam’ dari netizen di media sosial.
“Hati saya tersentuh, tidak tidur malam kerana ada komen tajam dari netizen. Ramai komen neutral, namun hanya 3-4 orang yang komen tajam, sinikal dan dangkal. Saya sentiasa bersangka baik walaupun sakit.”-Normala Samsuddin
Ibunya Tidak Suka Tinggal Di Bandar
Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa ibunya tidak suka tinggal di bandar dan lebih selesa untuk melakukan ibadah dengan suasana kampung.
“Saya tidak pernah tinggalkan ibu di kampung dan saya duduk di bandar, kerana itu kampung keturunan mak dan nenek moyang saya. Pilihan emak untuk hidup bahagia di kampung. Pilihan emak untuk hidup bahagia di kampung.
Pilihan emak juga kita kena hormati kerana dia selesa dengan ayam itik dan segala ternakannya, dia bahagia sunyi di kampung beramal ibadah. Emak saya benci bandar apatah lagi sibuk kota hiruk pikuk”-Normala Samsuddin
Menyifatkan Tuduhan Netizen Sebagai Satu Fitnah
Selain itu, isteri kepada Tan Sri Azmi Khalid ini turut menyifatkan tuduhan netizen sebagai satu fitnah dan akui rasa sedih dengan tuduhan yang dilemparkan padanya.
“Jadi, soal saya tidak peduli emak saya itu fitnah!. Sedih dan pahit sekali salah satu tuduhan netizen ini.
Di akhir penjelasannya, Normala Samsudin memberitahu bahawa dia tidak memerlukan likes, atau followers kerana menyedari dirinya bukanlah dari kalangan ‘orang berniaga’, influencer dan selebriti.