29.7 C
Malaysia
Monday, September 2, 2024

Latest Posts

“Itu Antara Dia & Allah”- Dayana Roza Mahu Tubuhkan Rumah Perlindungan Wanita Hamil Anak Luar Nikah

Pelakon jelita, Dayana Roza meluahkan hasrat murninya untuk membuka untuk membuka sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang hamil anak luar nikah.

Individu Hamil Anak Luar Nikah Sering Dihina & Dibuang Keluarga

Menerusi hantaran di Instagram, Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dihina dan dibuang oleh keluarga yang menyebabkan mereka bertindak untuk membuang bayi luar nikah itu.

“Kat Malaysia ni, kalau hamil luar nikah dihina & dibuang keluarga. So diorang buang baby sebab takut tapi bila buang baby lagi la salah. Memang berzina salah. Hamil anak luar nikah salah. Tapi zaman sekarang ni semua orang tak boleh lari dari kesilapan . Itu antara dia & Allah.”-Dayana Roza

Tiada Hak Menjatuhkan Hukum

Tambahnya lagi, Dayana turut memberitahu bahawa mereka sebagai manusia tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum terhadap individu yang hamil anak luar nikah.

“Kita manusia takde hak untuk jatuh hukum. Takde mak yang tak sayang anak. Mengandung bukan senang. Rasa sayang kat anak tu dah ada bila dia dalam perut lagi. Tapi dia terpaksa buang sebab takut orang hina. Jadi salah mak atau orang-orang yang menghina? Renung-renungkan”-Dayana Roza

Di akhir hantaran nya di Insta Stories, Dayana turut menitipkan doa agar impian dan niatnya untuk menubuhkan rumah perlindungan untuk individu yang hamil anak luar nikah dimakbulkan oleh Allah.

Sama-sama kita doakan agar niat murni Dayana Roza menjadi kenyataan..Aminn..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.