21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Its A Girl!” – Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Timang Anak Perempuan

Malam tadi,penyanyi dan pelakon Aliff Aziz serta isterinya Bella Astillah telah berkongsi khabar gembira mengenai anak kedua mereka tidak lama lagi.

Timang Cahaya Mata Perempuan Pada Julai 

Menerusi siaran langsung di laman Instagram, pasangan selebriti ini telah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Julai depan. Biarpun kini terpaksa berjauhan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun sesi pengumuman itu berlangsung meriah dengan kejutan yang dibuat sambil disaksikan oleh ahli keluarga Aliff termasuklah adiknya yang juga penyanyi Aisyah Aziz.

Luah Rasa Syukur 

Dalam pada itu, Aliff menerusi posting terbaharu yang dimuatnaiknya meluahkan rasa syukur serta turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan dia sekeluarga. Malah dia turut mendedikasikan ucapan terima kasih tersebut kepada Bella kerana kuat menghadapi segala dugaan berat selama ini.

Pada 16 Mei tahun lalu, pasangan ini disahkan bercerai selepas Aliff dikatakan telah berlaku curang beberapa kali sebelum Bella mendedahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah kira-kira Julai tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.