Semalam, Murai.my melaporkan di media sosial tular mengenai sebuah video lucah berdurasi 41 saat yang memperlihatkan seorang lelaki kononnya mirip pelakon Hun Haqeem. Lebih mengejutkan, ada diantara netizen mengambil kesempatan tersebut dengan menjual video berkenaan di media sosial kononnya mempunyai video yang berdurasi penuh.
Akan Ambil Tindakan Lanjut
Berikutan itu, pihak pengurusan pelakon Hun iaitu Metrowealth International Group (MIG) yang diwakili oleh pengarah urusannya, Mejar (K) David Teo bertegas akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap dalang penyebaran video itu dan pihaknya sudah mengenal pasti mereka yang terlibat.
“Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, iaitu artis di bawah pengurusan Metrowealth.
“Kami dapat tahu banyak artikel, video dan foto telah disebarkan di internet dan platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain. Dengan ini saya telah berunding dengan pihak peguam syarikat kami, bahawa kita telah mengenal pasti penyebar video dan mengeluarkan berita palsu.
“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua yang terlibat, sebab saya ada semua bukti juga sudah direcord.
“Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya
Dalam pada itu David turut menitipkan pesanan buat mereka diluar sana agar tidak menyebarkan fitnah dan menggunakan kebijaksaan sebaiknya.