Susulan video babak panas lakonan Zul Ariffin yang tular di media sosial selepas dikongsinya di laman Instagram sebelum ini, pelakon kacak itu tampil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, bagi membantu siasatan.
Beri Kerjasama Penuh
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Zul menerusi sebuah hantaran di Instagram story pada Selasa. Menurut Zul, dia sudah memberikan kerjasama penuh berkaitan isu tersebut.
“Hari ini, Saya sudah memberi kerjasama penuh kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk ‘Perempuan Itu’,” tulisnya
Annuar Tegur Zul
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegur tindakan Zul yang dilihat telah menyalahi undang-undang.
“Proses undang undang berjalan.Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yang menyalahi undang undang.
Yang pasti adegan seperti yang di papar itu tidak akan di benarkan tayang,sama ada bulan ramadhan atau bulan yg lain. Jagalah nilai dan budaya.” ciap Annuar di laman Twitter
Proses undang undang berjalan.Pelakon Zul Arifin akan di siasat di bawah seksyen 233 Akta KMM kerana posting YouTube yg menyalahi undang undang.Yang pasti adegan spt yg di papar itu tidak akan di benarkan tayang,sama ada bulan ramadhan atau bulan yg lain.Jagalah nilai dan budaya.
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 22, 2022
Sebelum ini, nama Zul menjadi sebutan selepas babak lakonannya mendukung pelakon baharu, Siti Hariesa untuk sebuah drama tular dan mencetuskan kritikan di kalangan netizen.