Semalam kecoh memperkatakan mengenai dua keping gambar lelaki menunjukkan kemaluan yang tersebar luas di media sosial. Lebih mengejutkan, wajah lelaki itu mempunyai iras pendakwah muda terkenal, PU Rizz.
Nafi Gambar Bogel Miliknya
Menafikan dakwaan tersebut kononnya lelaki dalam gambar itu adalah dirinya, menerusi laporan yang disiarkan MStar Online, Pu Rizz akui terkejut selepas mendapat tahu mengenai perkara tersebut dan sudah membuat laporan polis pada pagi semalam di Balai Polis Sri Petaling, Selangor pada pagi Selasa.
Terima Ugutan
Terdahulu menurut pendakwah ini yang kini bergelar pelakon dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin dari seorang individu yang tidak dikenali, Malah dia turut tidak menolak ugutan tersebut berkait rapat dengan penyebaran gambar yang mengaibkan itu.
T- Shirt Sama!
Dalam perkembangan lain, netizen turut mempertikaikan kesahihan dakwaan PU Rizz yang menafikan gambar tersebut adalah gambar nya. Ini kerana menerusi hasil carian mereka terdapat sebuah gamabr PU Rizz terdahulu memakai baju t-shirt yang sama seperti lelaki di dalam gambar lucah tersebut.
Malah ada segelintir turut tidak menolak ianya hanyalah satu kebetulan mahupun ianya sekadar disunting bagi menjatuhkan nama baik PU Rizz yang semakin menempa nama dalam industri hiburan.