26.3 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Isu Tindakan Saman Oleh Bekas Menantu, Chef Wan Akui Sudah Maafkan Shikin Maembong

Personaliti masakan terkenal, Datuk Chef Wan mendedahkan bahawa bekas menantunya, Shikin Maembong mahu berjumpa serta membuat keputusan mahu menarik semula tuntutan saman terhadap bekas bapa mertuanya itu.

Serina Hantar Mesej

Menerusi hantaran di Instagram, Chef Wan menceritakan bahawa anak perempuannya, Serina Redzuawan menghantar pesanan ringkas memaklumkan Shikin  mahu bertemu dengan Chef Wan untuk beri penjelasan dan menarik semua tuntutan saman.

“Serina text this morning to say that Shikin my ex menantu nak jumpa papa to explain dan tarik saman dia balik. Can we meet this afternoon with the kids Pa?”-Kongsi Chef Wan

Sudah Memaafkan Shikin Maembong

Chef Wan kemudian memberitahu bahawa dia tidak mahu bertemu dengan Shikin Maembong namun sudah memaafkan bekas menantunya itu.

“Saya cakap,’tidak mengapa, saya sudah memaafkan dia dan saya harap dia rasa yang sama juga’. Saya tidak mahu bertemu dengan dia atau harus mendengar semua drama anak-anak ini dan bekas menantu.”-Chef Wan

Penat Melayan Kerenah Manusia

Tegas Chef Wan, dia akui sudah penat menghadapi kerenah manusia dan telah melakukan pengorbanan besar untuk ramai orang dalam hidupnya.

“Saya minta maaf saya terpaksa menolak. Can we just move on with my life?. Saya sudah tidak boleh menguruskan sebarang isu anak-anak mahupun bekas menantu dan menantu. Saya mahu keluar. Saya penat bertahun-tahun terpaksa berhadapan dengan kerenah semua orang! Beri sedikit ruang untuk saya.

via Instagram Chef Wan

Berpegang Pada Prinsip

Kata Chef Wan, Shikin mempunyai pilihan sendiri untuk melakukan tuntutan saman atau menarik semula tuntutan saman itu. Apapun, dia sentiasa berpegang pada prinsip yang baik.

“Jika dia memilih untuk saman atau menarik semula itu adalah pilihannya. Saya sentiasa ada untuk berpegang pada prinsip saya yang baik. Tinggalkan saya keseorangan!

Terdahulu, Murai MY melaporkan Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila menerima notis tuntutan mahkamah yang menyatakan Shikin ingin mengambil tindakan saman malu terhadapnya berikutan tindakan Chef Wan yang mendedahkan isu mengenai rumah tangganya bersama Riz (anak Chef Wan) secara terbuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.