24.5 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Isu Tegur Puteri Balqis, Anak Azhar Sulaiman Tampil Bersuara!

Sebelum ini, pelakon Azhar Sulaiman dilihat telah menyuarakan pendapatnya terhadap kes pelakon muda Puteri Balqis yang mendakwa pernah mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungya, Azizi Aziz.

“Saya Tahu Saya Anak Perempuannya…”

Terbaru, anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona tampil bersuara selepas dia mendapat kecaman disebabkan hantaran bapanya di Instagram.

“Saya tahu saya anak perempuannya tetapi tolong berhenti mengaitkan semua yang dia lakukan dengan saya.

Kami tidak selalu bertentang mata dalam topik tertentu dan saya tidak tahu kenapa dengan apa yang dia katakan.”-Ciapan Leona di Twitter

via Twitter Kasih Iris Leona

Pandangan Bapa Tidak Mencerminkan Dirinya

Tambahnya lagi, Leona turut menjelaskan bahawa pandangan yang diberikan oleh bapanya itu tidak mencerminkan sikap dan keperibadian dirinya.

“Pandangan bapa saya tidak mencerminkan diri saya.”-Jelas Leona

via Twitter Kasih Iris Leona

Dalam pada itu, nama Leona menjadi ‘trending’ di Twitter selepas memberikan penjelasan berhubung hantaran kontroversi bapanya di Instagram mengenai Puteri Balqis, yang mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.