27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Isu Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Isteri, Liyana Jasmay Titip Pesanan Buat Para Lelaki

Isu video yang tular di media sosial menunjukkan tindakan seorang lelaki telah memecahkan cermin kereta yang dipercayai dinaiki isteri dan dua orang anaknya mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay yang berang terhadap terhadap tindakan lelaki tersebut.

Doa Keselamatan Wanita & 2 Orang Anaknya

Dalam sebuah hantaran, pelakon filem Histeria ini mendoakan keselamatan wanita dan dua orang anaknya serta berharap mereka akan mendapat kehidupan yang lebih baik.

“I doakan isteri dan anak-anak ni selamat, berjaya dunia akhirat dan dapat kehidupan yang lebih baik…Aamiinn..”- ujar Liyana

Titip Pesanan Buat Para Lelaki

Dalam perkongsian yang sama, Liyana menitipkan pesanan buat para lelaki untuk tidak berkahwin sekiranya masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami dan bapa.

“Kejahatan apakah ni? Kalau tak mampu nak jadi suami, nak jadi bapak please la jangan nak kahwin.

Korang ingat kahwin ni suka-suka ke? Kena ada tanggungjawab ye!”- tegasnya

Tambahnya lagi, dia turut berharap lelaki yang disifatkan sebagai dayus dan jahat bakal mendapat balasan yang setimpal dengan perangai mereka.

“Lagi satu, kalau dah perangai seperti bertopengkan tuttt, tolong jangan susahkan isteri dan anak-anak.

Semoga lelaki-lelaki dayus dan jahat kat luar sana dapat balasan yang setimpal dengan perangai mereka”- katanya lagi

Direman Polis

Terdahulu menerusi laporan Utusan, seorang lelaki yang mengamuk dan memecahkan cermin kereta isterinya di jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah pada Isnin lalu telah ditahan polis pada hari yang sama dan direman selama empat hari.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.”-Jelas Ketua Polis Daerah Kota Setar Pada Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.