Susulan daripada tularnya isu siri drama bertemakan pasangan sejenis (gay) yang berjudul Stay Away From Me, pelakon utama nya Danish Iskandar tampil memberikan kenyataan.
Danish Tidak Diberitahu
Menerusi beberapa ciapan yang dibuat di laman Twitter nya, Danish mendakwa tidak diberitahu mengenai babak panas yang perlu dilakonkannya. Malah, dia hanya menyedari drama tersebut tersebut untuk mempromosikan aplikasi janji temu pasangan sejenis ketika mula penggambaran.
“For those yang tak clear, dalam kontrak memang tiada langsung beritahu pasal cerita ini is about to promote apps gay and tiada pun scene scene yang macam tu.
“So yea, bila dah shoot tu, dorang baru letak and baru semalam release series tu and saya baru tahu benda ni promote app gay,” tulisnya
Ambil Tindakan Undang-Undang
Akui tertekan dan menyifatkan dirinya menjadi mangsa keadaan, Danish berkata ibu bapanya telah mengambil tindakan undang-undang.
Menerusi kemaskini di Instagram miliknya, kelihatan Danish ditemani bapanya berada di sebuah firma guaman dipercayai bagi menyelesaikan perihal tersebut.
“So guys , my parents proceed to take legal action memandangkan production tu sendiri tanak bertanggungjawab , and im sorry for everything if theres anything wrong , i will be careful and aware next time so yea just doakan yang baik baik” tulisnya lagi
Dalam hantaran susulan, Danish turut menyatakan tidak akan lagi menjawab sebarang spekulasi daripada netizen selepas dinasihati oleh peguamnya. Jelas kemaskini yang dimuatnaik oleh pengurus pelakon itu, sebuah sidang media akan diadakan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Murai.my melaporkan tular di media sosial mengenai sebuah siri tempatan, Stay Away From Me yang diterbitkan oleh sebuah syarikat aplikasi pasangan sejenis, Blued. Difahamkan, siri hubungan cinta gay itu mula disiarkan sejak Ahad dan telah mencetuskan kontroversi berikutan ia menyentuh aspek Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).