23.9 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Isu Selesai! Aishah Pilih 5 Barang Kemas Berjumlah RM80,000

Setelah lebih dari setahun kemelut diantara jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dan penyanyi Aishah berlanjutan berkenaan isu barang kemas yang dikatakan palsu, akhirnya ianya diselesaikan dengan baik.

Aishah Pilih 5 Barang Kemas 

Menerusi sebuah sidang media khas yang diadakan semalam, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV telah memperlihatkan kepada pihak media sejumlah barang kemas dan berlian bernilai RM80,000 sama seperti yang dituntut oleh Aishah ini.

Menariknya lagi, menurut DSV dia berbesar hati untuk meminta Aishah memilih sendiri barangan kemas yang diidamkan dan hasilnya sebanyak lima jenis barang kemas telah dipilih oleh penyanyi itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk satu cincin lelaki.

“Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV. Barang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya di kedai emas”

DSV Harap Isu Selesai 

Harapan DSV juga dengan penyerahan barangan kemas ini kepada Aishah dia berharap segala kemelut yang melanda akana berakhir. Malah dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu dengannya selepas ini. Terdahulu, kontroversi antara DSV dan Aishah hangat diperkatakan selepas Aishah mendakwa hadiah pemberian usahawan itu adalah barangan kemas palsu selepas membuat pemeriksaan di sebuah kedai emas sebelum nekad membawa isu itu ke mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.