30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Isu Salam Artis Didakwa Boleh Rosakkan Roh & Jiwa, Azza Elite Komen Ajak Ustazah Hadir Ke Kursus Pengurusan Jenazah

Nama Ustazah Afifah sebelum ini menjadi perhatian setelah lantang menyuarakan isu mengenai kaum ibu yang mahu bersalin tidak seharusnya mendedahkan aurat mereka di hadapan doktor lelaki.

Bersalaman Dengan Artis Boleh Rosakkan Roh & Jiwa?

Terkini, dia tampil menyuarakan isu yang menyifatkan bersalaman dengan artis boleh merosakkan roh dan jiwa.

“Dulu-dulu berebut nak salam dengan ulamak, bukan berebut-rebut nak salam artis. Salam dengan artis boleh rosakkan roh dan jiwa.”-Kata Ustazah Afifah

@sunnahtidakberbohong

#aurasalam #sunnahtidakpernahbohong

♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

“Apa Kita Bukan Manusia Ke?”

Kenyataan ustazah berkenaan turut mendapat reaksi dari rakan artis seperti Sharifah Zarina, Balkisyh Semundur Khan, dan Noorkhiriah. Dalam pada itu, turut memberikan reaksi adalah Azza Elite yang menjemput Ustazah Afifah untuk hadir ke kursus pengurusan jenazah yang dianjurkan di sebuah masjid.

“Buruk sangat kerja kita ni di mata dema. Kadang sedih rasa hati. Semoga Allah Merahmati Mu wahai ustazah. Didiklah kami.”-Noorkhiriah

“Apa kita bukan manusia ke? Astaghfirullah. Ustazah lupa hablum minannas?”-Sharifah Zarina

“👏👏👏 Tanpa kita sedar dia sekam.”-Balkish Semundur Khan

Apa pendapat anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.