Baru-baru ini, penyanyi remaja Tajul menjadi perhatian netizen selepas terjadinya salah faham apabila dia dikatakan bersikap biadap dengan pemilik kedai aksesori motosikal dikenali sebagai ASY Garage dengan menyatakan hasratnya untuk mendapatkan tajaan alat ganti motorsikal miliknya.
Tajul Anggap Salah Faham
Dalam pada itu, pemilik kedai tersebut menerusi laman Facebook mendedahkan suntingan perbualannya bersama Tajul ketika penyanyi itu ingin meminta tajaan.
Tidak lama kemudian, Tajul meluahkan rasa terkejut kerana tidak sangka perkongsian perbualannya bersama pemilik kedai tersebut tular di media sosial.
Kecewa dan berang dengan tindakannya yang berkongsi suntingan tersebut tanpa perbincangan terlebih dahulu, Tajul menjelaskan terdapat salah faham dalam isu tersebut dan tidak akan teragak-agak akan membuat laporan kepada pihak polis.
Isu Selesai
Terbaru, selepas mendapat kata sepakat Tajul dan pemilik kedai tersebut untuk bersemuka menyelesaikan isu tersebut.
Menerusi perkongsian yang dibuat, kelihatan kedua-duanya telah saling bersalaman sebagai tanda sudah berdamai. Malah Tajul menerusi IG Story nya juga telah menyatakan isu tersebut sudah selesai.