21.7 C
Malaysia
Sunday, September 15, 2024

Latest Posts

Isu Penangkapan Yasin Sulaiman Kerana Ganja, Caprice Tampil Bersuara!

Selepas kecoh berita penahanan Yasin Sulaiman akibat menanam pokok ganja di kediamannya yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah penyanyi rap dan usahawan, Caprice yang tampil bersuara mengenai kebaikan dadah marijuana.

Merawat Pelbagai Jenis Penyakit

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice menyatakan bahawa baginya dadah Marijuana hanyalah tumbuhan yang telah ditemui oleh para saintis untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

“First of all, Malaysia, ni pendapat peribadi bagi Cap, Marijuana hanyalah tumbuhan yang telah ditemui oleh saintis untuk bantu orang yang ada masalah anxiety, bipolar, boleh merawat kanser.”-Caprice

Marijuana Bukanlah Benda Sintetik

Tambahnya lagi, Caprice turut berpendapat Marijuana bukanlah benda sintetik seperti kokain dan heroin. Malah Marijuana juga terbukti untuk merawat autism.

“Dia bukan benda sintetik atau dadah seperti kokain, heroin, ecstacy. Marijuana adalah sesuatu yang lebih semulajadi. Sebab itu di pelbagai negara, Marijuana sah untuk digunakan.”-Caprice

Titip Ucapan Terima Kasih

Caprice turut menitipkan ucapan terima kasih buat pihak Kementerian Kesihatan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kerana memberi pertimbangan terhadap kegunaan tujuan perubatan.

“Terima kasih @kkmm_gov_ dan big boss YB @khairykj kerana mempertimbangkannya.”-Caprice

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat malah ada menyatakan bahawa dia sangat memerlukan Marijuana untuk keadaan peribatannya.

“Ya, saya memerlukannya untuk keadaan perubatan saya. Tetapi dalam preskripsi. Bukan yang dijual di jalan atau sesuatu. Tolong, beri maryjane peluang.”

“Baru Malaysia nak sedar pasal Marijuana..Haa lemahh”

“Oversea dah banyak guna untuk perubatan. Selagi tak disalah guna, rasanya tak perlu sampai hukuman gantung. Dekat Malaysia je yang pelik. Masih banyak pakai undang-undang.”

Menurut Berita Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkkan kerjasama industri aau ahli akademik dalam penyelidikan klinikal penggunaan kanabis atau ganja dalam perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa setakat ini KKM tidak menerima laporan penuh mengenai kegunaan CBD atau ‘cannabidiol’ (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) untuk tujuan perubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.